- Minum RxWater/Rx17 minimum 2.5 L sehari. Mulakan pagi anda dgn 0.5L air RxWater/Rx17 bersama air liur basi dalaman iaitu sebelum mencuci mulut. Sebelum minum, titiskan 10 titis RxTra ke dalam air tersebut (jika kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, jumlah titisan adalah mengikut umurnya). Sebelum minum, lafazkan doa kepada Allah, selawat & Basmallah. Kumur air tersebut dalam 10 saat dan telan. Baki 2 L berikutnya, sila amalkan RxSalt (secalit jari manis) di atas lidah beserta doa sebelum minum setiap 0.5L RxWater/Rx17. Disarankan agar minum 0.5L setiap sebelum solat Fardhu (bersama dengan secalit garam RxSalt).
- Pada bahagian 0.5L RxWater/Rx17 bersama secalit RxSalt yang terakhir iaitu pada waktu malam atau sebelum tidur, titiskan lagi 10 titis RxTra ke dalam air tadi.
- Penggunaan RxTra bagi kanak-kanak, dosnya mengikut umur bermula dari 1 Tahun (jangan diberi kepada bayi) iaitu 1 titis 2X sehari dan bertambah mengikut umur kanak-kanak sehinggalah mereka mencapai 10 tahun dan ke atas (dosnya sama seperti orang dewasa dan tidak lagi bertambah iaitu 10 titis 2X sehari)
- Bagi orang tua, kanak-kanak dan mereka yang belum dapat minum dengan banyak, sila pastikan bahawa mereka minum dan mengikuti Terapi ini mengikut kemampuan masing-masing. Sebaiknya, jangan kurang dari 2 botol sehari.
LANGKAH 4
- Melalui Terapi MiFiRo, selain mengikut kaedah minum air RxWater/RxTra/RxSalt setiap hari, minumlah Air Kelapa Muda 2 atau 3 kali seminggu. Jangan lupa dimulakan dengan doa kepada Allah, Basmallah dan Selawat sebelum meminumnya. Makanlah sekali isi Kelapa Muda tersebut perlahan-lahan dan cuba habiskan airnya sekira-kiranya dalam 1L.
Air Kelapa Muda mempunyai kebolehan yg hebat dari segi menstabilkan gula dalam Darah, menurunkan kadar Kolesterol, penyembuhan luka di peringkat sel, Hydrasi malah merupakan satu-satunya bahan semulajadi di atas muka Bumi ini yang dikenalpasti boleh menggantikan Plasma Darah manusia.
Air Kelapa Muda juga merupakan Top Immune Booster, Anti funggal, Antibiotik, Antiviral & Antibacterial yang paling ampuh. Pada masa Perang Dunia Kedua dulu, air Kelapa Muda digunakan sebagai 'Blood Plasma Transfusion' untuk askar2 yang cedera yg kehilangan Darah. Yang peliknya, Air Kelapa Muda sangat 'identical' dengan Darah Manusia dan sesuai untuk semua jenis Darah (Blood Type).
Air Kelapa Muda dapat membina Sel dan merawat Sel2 yang cedera, meningkatkan penghadaman, membunuh Bakteria & Patogen, membuang Racun atau bahan kimia/asid di dalam darah, meningkatkan fungsi Thyroid, meningkatkan metabolisma, 'regulate' fungsi Hormon, mengurangkan kadar Kolesterol, menurunkan kadar gula yg tinggi dalam darah dll
Air Kelapa Muda adalah Air bertapis semulajadi (Natural Water Filter) dan beratus-ratus kali ganda lebih baik dari mana2 alat water filter di dalam pasaran. Ia mengambil masa 9 BULAN (seperti umur janin manusia) untuk menapis/menuras setiap titis air yg disimpan di dalam Buah Kelapa tersebut. Bahan alat penapisnya adalah antara 20 kaki sehingga 30 kaki tingginya (iaitu batang pokok Kelapa itu sendiri).
Kita tidak akan langsung jumpa apa2 Patogen/kuman di dalam air tersebut. Air Kelapa Muda juga mempunyai konsentrasi paling tinggi dari segi kandungan Electrolit (electrolytes) dari mana2 air yang boleh dijumpai di Muka Bumi ini. Electrolyte merupakan bahan yg paling kuat dalam proses hidrasi (hydration).
LANGKAH 5: Khasiat CAHAYA MATAHARI PAGI & EMBUN PAGI
Beberapa minggu lepas, saya telah sms Yg Berbahagia DDND bertanya kepada beliau apa yang harus saya buat kepada Baby perempuan saya yang bermasalah Kuning. Beliau terus menyarankan agar saya ‘menjemur’nya pada matahari Pagi dengan secukupnya setiap hari. Mengapakah Cahaya Matahari Pagi begitu bermanfaat? Marilah kita renungi bersama.
Allah telah berfirman (dan bersumpah) di dalam Al-Quran, ayat 1, Surah As-Syams (Matahari) yg bermaksud, “Demi Matahari dan CAHAYA-nya di PAGI hari’” (91:1)
Tuhan telah menyebutkan secara ‘specific’ Cahaya Matahari di waktu PAGI dalam ayat tersebut dan di mana-mana pun ayat ‘Makkiah’ di dalam A-Quran yg mempunyai banyak pernyataan sumpah Allah S.W.T pada sesuatu perkara tertentu dan apabila dikaji secara Saintifik pasti akan ditemukan sesuatu yang istimewa & unik pada perkara tersebut.
Jadi, apakah uniknya sinaran Cahaya Matahari pagi dan mengapa ia termasuk dalam salah satu langkah-langkah Terapi MiFiRo dan merupakan amalan harian Yg Berbahagia DDND sendiri sebagai salah kaedah utk beliau sembuh dulu dan telah memberi manfaat oleh beribu-ribu orang yg mengamalkan Terapi MiFiRo ini?
Selain faktor Vitamin D yg uniknya ada pada Cahaya Matahari yg berfungsi utk ‘regulate Calcium level’ & penyerapan kalsium, fungsi sistem Imun tubuh, fungsi saraf, tahap insulin/blood sugar & banyak fungsi Indokrin & fungsi penghadaman, ia juga dikenalpasti satu-satunya unsur semulajadi (yg pastinya percuma) yg dikatakan boleh merangsang (stimulate) Kelenjar Pineal yg merangsang banyak ‘Key Master Hormones’ termasuklah sel-sel SCN yg digelar ‘Master Body Clock’.
Dan Masya-Allah, betapa hebatnya cahaya Matahari (pada waktu Pagi sahaja) di mana kehebatannya telah disebut di dalam sebuah Jurnal kesihatan TERKINI yg menyebutkan bahawa..
“Recent research shows that daily doses of Morning Sunshine speeds up healing and recovery from illnesses ranging from asthma, heart disease, bone disease and surprisingly even Cancer. Researchers at the Karolinska Institute in Stockholm have also found that increased Morning Sun exposure resulted in a reduced rate of incidence of non-Hodgkins Lymphoma (jenis Kanser yg pernah dideritai oleh DDND pada tahun 2001 dulu) by providing natural support to cancer treatment. Another study published in the journal Cancer Research suggests that men exposed to a lot of sunlight may have a lower risk of prostate cancer. The researchers suggest that vitamin D promotes the normal growth of prostate cells and inhibits the spread of any cancerous cells beyond the gland.”
Saksikanlah, betapa hebatnya Anugerah Allah ini yg kadang2 kita ‘ter’ ambil ringan. Oleh itu, mulai sekarang, janganlah pula kita dustai nikmat yang hebat ini.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk Langkah yang unik ini?
Mudah sahaja, sebagaimana yang saya selalu sarankan kepada semua client2 saya (melalui tunjuk ajar oleh DDND semasa mendengar sesi2 ceramah MiFiRo beliau), saya akan mula2 suruh pesakit tersebut sapu rata seluruh tubuh termasuk umbun2 kepala & Muka dengan air RxWater yang telah dititiskan dengan RxTra (sediakan dalam 500ml air dan dititiskan dgn 5 atau 10 titis RxTra).
Kalau boleh semasa sapu rata tu terus niat wudu’ dan sapu pada anggota2 wudu’. Unsur surih & Medan Gelombang unik dari Air RxWater (selaku Air hidup berpenawar) & RxTra ini akan meresapi tubuh kita dan merangsang proses rejuvinasi Sel semulajadi yang hebat dan kesan ini lebih ketara apabila kita terus berjemur pada Cahaya Matahari pagi pula.
Kemudian keluar ‘berjemur’ pada Cahaya Matahari waktu pagi iaitu selepas 7.15 am ke atas dan jangan sampai melepasi waktu Dhuha (sinar cahaya Matahari pagi inilah yg paling bermanfaat sekali & paling berkhasiat). Semasa mula berjemur dengan cahaya matahari pagi itu, mulakan dengan menarik nafas perlahan-lahan dan dalam2 (dengan abdomen keluar) dan hembuskan nafas secara perlahan (jangan mendesak hembuskan nafas – dengan abdomen masuk ke dalam).
Kalau boleh, pijaklah rumput2 bersih yang masih ada Embun Pagi dan ambil embun ini serta sapukan lagi pada tubuh pula. Hujung2 rumput ini mempunyai point2 refleksologi semulajadi yg juga bermanfaat pada kesihatan.
Dalam masa berjemur dan berjalan2 di atas rumput bersih ini, buatlah Terapi Minda pula yg kita selalu gelarkan sebagai Zikir Sihat (tentang Embun Pagi & Zikir Sihat (Terapi Minda) akan diterangkan dengan detail pada post berikutnya ya). Berjemurlah dalam lebih kurang 15 minit dengan cara-cara yang disebutkan tadi.
InsyaAllah anda akan nampak kesan yg sangat berbeza dari sebelumnya. Inilah kurniaan Ilahi yang diberi secara ‘Free Of Charge’ pada kita semua. Cuma perlu meyakini dan mensyukuri nikmat pemberian ini. Oh ya, dan pastinya ..perlu diamalkan juga…
Langkah 6: CAHAYA BULAN
Salah satu langkah unik yang disarankan oleh Ybhg Dato Dr. Noordin Darus dalam 7 Langkah Terapi MiFiRo ini ialah ‘Cahaya Bulan’ dan yang terbaik ialah ketika Bulan Purnama.
Apakah khasiat & manfaat cahaya Bulan ini untuk proses penyembuhan? Di dalam Al-Quran, banyak ayat2 yang menyarankan kita ‘memerhatikan & merenung ‘ keindahan Bulan, Bintang2 & Alam ini.
Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran,
“Dan Allah menciptakan padanya Bulan sebagai Cahaya dan menjadikan Matahari sebagai Pelita” Surah Nuh Ayat 16 dan “dan dengan Bulan apabila jadi purnama” Surah Al-Inshiqaq Ayat 18
Cahaya bulan mempunyai nilai teraputik yang tersendiri terhadap tubuh & Minda. Ia merupakan makhluk Allah yang unik dan mempunyai ‘tugas’ yang sangat penting dan unik juga. Cahaya Bulan merupakan biasan dari cahaya Matahari dan ianya tidak merbahaya berbanding jika kita berjemur pada Matahari terik yang terdedah pada sinar UV yang berlebihan.
Cuba dapatkan ‘dos’ limpahan cahaya bulan di antara 15 minit ke 30 minit sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Renung ke arah Bulan purnama & lafazkan zikir membesarkan Ilahi termasuk Zikir Terapi Minda (sebagaimana yg pernah ditunjukkan sebelum ini).
‘Bercakap-cakaplah’ pada Bulan purnama sambil memuji2 kebesaran Ilahi yang menciptanya. Antara ungkapan2 yg boleh disebut..
“Maha Agung Allah yang telah menghiaskan engkau, wahai Bulan, secantik ini. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan engkau dengan sia-sia. Segala-galanya pasti akan kembali kepada Allah yang Maha Esa. Maka dengan inayah-Mu, Ya Allah, masukkanlah Aku ke dalam Lembayung Rahmatmu, sihatkanlah tubuhku dan indahkanlah pekertiku seindah cahaya Bulan PurnamaMu..”
Suasana Bening malam ketika Bulan purnama menghamparkan Cahayanya selain mempunyai nilai Teraputik, memberi ‘Calming Effect’ yang sangat bagus untuk Minda & kelancaran sistem penyembuhan Tubuh Kita.
Sebenarnya salah satu amalan Rasulullah pun sebelum baginda memulakan Solat Sunat Tahajjud, Baginda akan ambil wudu’ dengan sempurna, mendongak ke langit melihat keindahan Bulan dan Bintang2 sambil berdoa “Ya Allah, janganlah Engkau palingkan Hatiku setelah Engkau berikan aku HidayahMu”. Selepas itu, terus melakukan Solat Tahajjud.
LANGKAH 7: Penyembuhan Melalui Kekuatan Minda – ‘ZIKIR SIHAT’
Otak adalah merupakan sebuah sistem yg sangat cekap yg disambungkan ke setiap sel dalam tubuh kita dengan berbilion-bilion sambungan. Otak kita bagaikan sebuah ‘Mother Board’ dalam CPU komputer kita.
Minda pula bagaikan ‘Software’nya. Seluruh tubuh kita pula umpama komponen2 komputer tersebut. Minda (fikiran) merupakan suatu fakulti anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai hebatnya.
Perasankah anda, bila minda kita lemah atau semasa kita bersedih, badan kita pun turut berasa lemah sampai makan pun tak lalu. Tapi bila kita sedang gembira atau sedang seronok terhadap sesuatu perkara, walaupun pada masa itu kita demam selsema, kita bagaikan tak perasan yang kita menghidapi sakit itu sehinggalah ianya sembuh dengan sendirinya.
Tubuh bertindak balas dengan pola fikiran dan tahap mental kita. ‘Psycological state’ atau ‘emotional state’ memberi kesan langsung terhadap sistem Endokrin (Endocrine System) kita. Sebagai contoh, perasaan takut/gementar berhubung kait dengan Adrenaline. Salah satu sistem dalam pusat emosional Otak pula menukar emosi ke dalam respon fizikal. Ia merupakan Receptor dari Neuropeptida yang mengendalikan nafsu makan, kadar gula darah, suhu badan, kelenjar adrenal dan pituitari, jantung, paru-paru, pencernaan dan sistem peredaran darah. Neuropeptida, hormon messenger kimia, membawa emosi bolak-balik antara fikiran dan badan. Ia menukarkan persepsi dalam otak ke tubuh melalui organ, hormon dan aktiviti. Neuropeptida mempengaruhi setiap bahagian utama dari sistem kekebalan (sistem imun) tubuh, sehingga tubuh dan fikiran bekerja bersama sebagai satu unit. Dalam ertikata lain, setiap kali pemikiran atau emosi kita terangsang oleh sesuatu samada oleh perasaan positif atau negatif, reaksi kimia di dalam tubuh akan berlaku.
Dari sudut penyembuhan, ramai yang tidak sedar bahawa kapasiti kekuatan Minda merupakan penawar yang paling ampuh dari pelbagai jenis rawatan ciptaan manusia di luar sana, dan ianya percuma. Ianya berada di dalam diri kita sendiri. Apa yang perlu kita buat ialah membangkitkannya untuk merangsang proses penyembuhan dari penyakit dan ‘kuncinya’ berada pada tahap Fikiran Separa Sedar kita yang mana jika kita latih Minda kita dengan meletakkan emosi yang positif & semangat yang berkobar2 dengan penuh keinsafan & pengharapan kepada Allah S.W.T, maka Minda kita akan menghantar getaran2 mesej kepada seluruh sistem tubuh kita untuk ‘bangun’ dan bertindak balas.
Bagaimanakah caranya nak membangkitkan Sistem penyembuhan semulajadi tubuh melalui Kuasa Minda ini?
Sebenarnya jawapannya berada di dalam diri kita sendiri dan setelah mendengar tunjuk ajar dari Yg Bhgia DDND tentang kaedah ini samada melalui ceramah MiFiRo beliau ataupun semasa sesi konsultasi dengan Client2 saya yang menghidapi penyakit Kronik, terutamanya Kanser, barulah saya faham sebenarnya kita boleh buat apa yang kita panggil sebagai ‘Zikir Sihat’ untuk merangsang kekuatan Minda terhadap penyembuhan.
Amalan ini boleh dilakukan pada bila2 masa tetapi semasa menjalani Terapi Cahaya Matahari pagi & Embun pagi (sebagaimana yang telah ditunjukkan pada post sebelum ini), saya selalu mencadangkan Terapi Minda atau ‘Zikir Sihat’ ini dilakukan sekali untuk impak penyembuhan yang lebih kuat.
1) Setelah minum RxWater (sebelum Solat subuh) dengan RxTra & Air liur basi dalaman, selepas Solat Subuh seakan-akan telah mula terbit Matahari, sapu rata air RxWater ke seluruh anggota badan (client2 yang menyapu/atau mandi tubuh mereka dengan air RxWater terlebih dahulu mendapati kesannya sangat2 bagus tapi jangan lupa baca Bismillah, selawat & doa terlebih dulu). Sekiranya client kita ada sakit kronik atau yang telah serius, boleh sapu rata tubuh dengan air RxWater yang telah dicampurkan dengan RxTra terlebih dulu.
2) Tenangkan fikiran, lapangkan dada dan fokus (sebut nama Allah di dalam Hati sebanyak yang boleh), tebalkan semangat & azam serta buang masalah2 dari dalam fikiran jauh2. Pusatkan fikiran pada Ilahi & keluar mendapatkan dos cahaya Matahari pagi sambil berjalan-jalan santai di atas rumput2 bersih yang masih basah dengan embun pagi.
3) Semasa ‘bermandikan’ cahaya Matahari pagi itu, sesekali boleh duduk atau berdiri sambil buat latihan pernafasan penyembuhan – (Bagaimana caranya? Jika kita mengamati Bayi atau anak2 yang sangat muda, kita akan melihat bahawa perut mereka akan mengembang dan menguncup secara berirama dengan nafas. Apabila kita menjadi dewasa, pernafasan kita semakin cetek dan mula melupakan kaedah ‘deep breathing’ ini. Tumpukan pada kaedah bernafas yang betul dengan menarik nafas dalam2 (melalui hidung) secara perlahan2 dengan mengembangkan perut kita keluar. Tarik lagi nafas dan kembangkan rusuk dan dada kita. Selepas itu hembuskan perlahan-lahan dengan menguncupkan dada kemudian rusuk dan diikuti dengan abdomen (perut kita) kita – arah berlawanan). Buat berulang2 perlahan-lahan dalam 15 minit
4) Pada masa inilah kita ungkapkan zikir sihat dengan memulakan menyebut Asma Allah (Nama2 Allah) dan dituruti dengan ungkapan iaitu perkataan2 “Aku Sihat”, “Aku Kuat” “Aku Sembuh” dan sebagainya berulang-ulang kali (sambil menggenggam kedua-dua belah tangan dan memejamkan mata). Harus diingat bahawa perkataan yang kita sebutkan itu mestilah dilafazkan (bukan hanya dalam hati) & dalam bentuk ‘Present Tense’ dan bukannya ‘Future tense’ seperti “Aku akan sihat” atau “Aku mesti sihat”, “Aku boleh sembuh” dan sebagainya. Ianya bertujuan memberikan seakan suatu mesej ‘code morse’ dari bahagian pusat Minda untuk menghantarnya ke seluruh tubuh semacam alunan ‘drum’ yang akan diterjemahkan kepada bentuk pelan tindakan dan melancarkan aktiviti penyembuhan tubuh kita.
Proses ini berlaku tanpa kita menyedarinya tetapi kita akan dapat merasainya, insyaAllah. Jika boleh, semasa sedang memejamkan mata sambil membuat ‘Zikir Sihat’ tersebut, buatlah proses Visualisasi iaitu seakan suatu bentuk ‘self-hypnosis’ dengan membayangkan imej2 positif berlakunya proses penyembuhan tersebut.
Contohnya yang selalu saya cadangkan kepada client2 saya ialah membayangkan kita sedang menyerap cahaya Matahari tersebut yang hangat2 suam dan menghalakannya ke tempat sakit kita (contohnya ke bahagian Thyroid bagi pesakit Thyroid atau ke Ginjal bagi pesakit Ginjal, ke organ Pankreas bagi pesakit Diabetes dan sebagainya).
Boleh juga bayangkan Cahaya Matahari yang kita serap itu dihalakan ke ‘Askar2’ sistem Imun kita yang kemudiannya bangun dan menyerang sel-sel Kanser sampai semuanya mati. Kemudian sel2 Kanser tersebut akan menjadi seperti lumpur dan disingkirkan dari tubuh kita.
Di samping itu, ingatlah Rahmat Ilahi yang selama ini dikurniakan kepada kita dan senyum dengan mengatakan kesyukuran yang tidak terhingga semasa mengulang-ulang ungkapan2 ‘Zikir Sihat’ tersebut.
5) Ulang-ulang proses Terapi ini (dalam lebih kurang 15 min). Buatlah setiap hari dan sentiasa positif dan tabah. Disarankan juga buat ‘Zikir Sihat ini’ selepas wirid setelah selesai Solat Fardhu. Jangan lupa sentiasa menghadirkan hati dengan mengingati Allah dan jangan terlalu memikirkan tentang kesakitan. Dengan cara ini, akan memudahkan proses penyembuhan.
Melalui pengalaman2 client2 saya sendiri yang menghidapi Kanser Payudara, Liukemia, Kanser Otak, Thyroid dll dari Selangor, Melaka, Johor, Singapura, Australia dll termasuk client2 saya yg kena sakit Ginjal yang serius (setiap hari kena buat dialisis di rumah), Kencing Manis dll yang telah saya tunjukkan terapi MiFiRo terutama Air RxWater & Terapi Minda seperti di atas, kesemua mereka mendapat tindakbalas positif dan yang peliknya kebanyakan mereka mendapat Healing Crisis yang sama serta ketumbuhan Kanser mereka mengecut secara tiba-tiba!