Jom kongsi maklumat berkenaan jenis-jenis air di bawah;
(1) Air Dididh, (2) Air Suling, (3) Air Mineral, (4) Reverse Osmosis,
(5) Air Beralkali, (6) Air Berteknologi Sinaran UV.
Maklumat ini amat bermanfaat kepada anda. Selamat membaca ...
AIR DIDIH
- Ia tidak menyingkirkan bahan-bahan cemar organik & logam berat secara keseluruhan.
- Ia menghasilkan bi-produk dari Klorin iaitu Trihalomethanes (TTHM) yang boleh menyebabkan Kanser serta rasa & bau Klorin masih kekal.
- Gumpalan molekul air juga adalah besar & tidak mudah diserap. Air didih juga adalah air yang telah mati dan sudah tiada ‘Roh’ dan tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup.
AIR SULING
- Ia paling murni tetapi sudah tidak lagi mengandungi bahan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Digunakan untuk bateri kereta & untuk rawatan tertentu tetapi tak sesuai untuk diminum sehari-hari kerana ia boleh melarut-resap mineral-mineral alkali yang berguna dari dalam tubuh kita.
- Ia mempunyai rasa hambar & gumpalan molekul air agak besar untuk diserap dan tidak sesuai diminum untuk jangka panjang.
- Air suling adalah juga air Mati yang sudah tiada ‘Roh’ lagi serta tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup.
AIR MINERAL
- Kualiti yang tidak konsisten dan bergantung pada sumber bahan mineral tersebut.
- Jika sumbernya tercemar, maka airnya juga akan tercemar.
- Gumpalan molekul air juga adalah besar & tidak mudah diserap.
REVERSE OSMOSIS
- Disaring melalui membrane yang telap & biproduk air disalir keluar semula.
- Teknik ini sangat efektif dalam mengasingkan bahan cemar & bendasing dalam air tersebut. Ianya terlalu ‘kosong’ hinggakan mineral baik dalam air pun dikeluarkan.
- Air R.O sangat sesuai untuk rawatan pesakit buah pinggang dan untuk rawatan tertentu termasuk yang terkena racun. Akan tetapi kesesuaiannya masih dipertikai untuk kegunaan sehari-hari oleh orang biasa, orang tua & kanak-kanak kerana selain ianya boleh menyerap toksin di dalam badan, ia juga boleh menyerap zat-zat & mineral berguna dari badan kita menyebabkan malnutrisi dan dalam jangka panjang, ia boleh mendatangkan mudarat terutama pada Ginjal kita.
- Air R.O yang keluar dari alat penapisnya tidak boleh disimpan dalam botol plastik dan dibiarkan untuk jangkamasa yang lama kerana ia akan menyerap karbon dioksida dari bahan petroleum botol itu & merbahaya untuk diminum. Ia hanya sesuai disimpan dalam botol kaca.
- Air R.O juga termasuk dalam golongan ‘Air Mati’ yang sudah tiada ‘Roh’ lagi serta tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup.
- Air R.O banyak terdapat dalam jenama alat penapis air di pasaran.
AIR ALKALI
- Menggunakan teknik elektrolisis untuk mengasingkan air asidik & air alkali. Walaupun air Alkali boleh mengimbangkan tahap asid di dalam badan kita, tetapi kealkaliannya perlulah menyamai cecair tubuh kita.
- Air yang terlalu beralkali juga tidak sesuai untuk Bayi, Vegetarian & kanak-kanak yang sedang membesar serta tak sesuai untuk kulit.
- Penapis air beralkali buatan manusia tidak boleh disamakan dengan air alkali asli dari punca air Hidup seperti air Zam-Zam di Tanah Suci kerana ia unik & tersendiri serta selamat diminum walaupun tahap pHnya ialah 8.5.
- Air alkali buatan manusia menggunakan bahan kristal proses yang ditambah pada air tersebut. Ia juga menyebabkan zat-zat dari makanan yang dimasak dengan air ini tidak seimbang.
- Ia juga kurang efisien kerana pembaziran air hampir 50% kerana pengasingan Asid & Alkali. Sebahagiannya memerlukan 24 jam penggunaan elektrik! Ia boleh memecahkan molekul air ke gumpalan kecil tetapi tidak boleh bertahan lama.
AIR BERTEKNOLOGI SINARAN UV
- Air paip kita adalah air ‘Hidup’ yang ada Roh, (cuma terdapat kotoran & bahan cemar)
- Teknologi UV yang bertujuan untuk membunuh kuman & mikroorganisma akan menyebabkan roh air akan mati dan hilang unsur Terapi pada air tersebut walaupun ianya ‘Selamat diminum’.